Adakah DURIAN bagus untuk DIABETES?

DURIAN BAGUS KE UNTUK DIABETES?

Selalu kita tengok blog kesihatan berkongsi manfaat durian kan? Saya ingin berkongsi beberapa rahsia durian mengikut perubatan nutrisi. Adakah benar durian rendah penyerapan gula? Ya, benar, durian rendah Glycaemic Index ( GI: 49) saja. Lebih rendah berbanding betik, nanas dan tembikai mengikut kajian (Robert et al 2008).

Secara teorinya, ini mungkin kerana durian sangat tinggi serat dan gula buah fruktosa tidak spike gula sangat. Namun secara realitinya, cuba kita dapatkan nasihat doktor di hospital. Di mana terdapat ramai sebenarnya pesakit diabetes dimasukkan ke wad apabila gula jadi tidak terkawal selepas mengamalkan “kendurian”.

Walaupun rendah GI, namun durian dikategorikan medium Glycaemic Load (GL:10). Jadi sila berhati-hati dengan kuantiti yang kita makan ya. Kalau inginkan kepastian, periksa sahaja gula dalam darah selepas makan. Bukti klinikal selalunya lebih baik berbanding teori semata.

Saat paling  bagus pengambilan durian adalah selepas kerja berat atau workout. Durian mempunyai tinggi kalori dan karbohidrat untuk kesan anabolik (bina dan pulih otot). Juga mengandungi Potassium yang akan kembalikan tenaga dan pulihkan kelesuan.

Durian juga tinggi magnesium yang akan membantu kita relaks dan pemulihan badan. Kuantiti yang kita makan adalah yang paling penting sebenarnya. Kalau tengok khasiat, memang bagus mengamalkan durian. Tetapi jika ada isu diabetes, obesiti? Maka sebaiknya kembalikan fitrah stabilkan kesihatan terlebih dahulu.

Sekiranya anda penggemar durian, sila jadikan breakfast anda semoga ia akan menceriakan hari anda.

Semoga makanan jadi ubat, bukan musibat. Wallahua’lam.

Sumber : Dr Hafiz Sulaiman, Pejuang Kesihatan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*