Dr Norman – Mitos kegemukan berpunca daripada makan LEMAK

Makan lemak untuk kurangkan lemak? bagaimanakah itu..

Kegemukan yang berpunca daripada makan lemak adalah mitos. Terdapat kajian yang laporkan dalam jurnal perubatan New England General Medicine tahun 2003, menyatakan terdapat 63 orang yang dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Satu kumpulan mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dan satu lagi kumpulan mengamalkan pemakanan rendah lemak dan rendah kalori. Bagi orang yang berfahaman lemak adalah punca kepada kegemukan, maka apabila kita kurang makan lemak, berat badan kita akan turun kebih banyak. Itu pemikiran biasa.

TETAPI kajian itu melaporkan kumpulan yang mengamalkan pengambilan rendah karbohidrat turun berat badan lebih banyak iaitu secara puratanya sebanyak 7% berbanding dengan kumpulan yang mengamalkan pemakanan rendah lemak & rendah kalori hanya secara puratanya adalah sebanyak 3% sahaja.

Maka secara statistik perbezaan itu adalah sangat ketara. Jadi kajian itu memang membuktikan bahawa pengambilan rendah karbohidrat berjaya menurunkan berat badan dengan lebih baik berbanding dengan pengambilan rendah lemak & kalori.

Itulah perbezaan orang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat berjaya menurukan berat badan sebanyak 3x ganda lebih banyak berbanding orang yang mengurangkan lemak dalam usaha menurunkan berat badan.

Jadi KALORI itu SALAH, maksudnya sekiranya dengan hanya mengira kalori untuk menurunkan berat badan adalah SALAH tanpa mempertimbangkan kalori dari karbohidrat atau daripada lemak. Ini sebenarnya yang salah fahaman kita.

Kalau kita ingin mengatasi masalah berat badan dan juga dalam masa sama untuk mengatasi masalah diabetes, pemakanan yang betul adalah pengambilan makanan RENDAH karbohidrat dan TINGGI LEMAK.

Kegemukan berpunca daripada makan LEMAK adalah MITOS. Ini merupakan MITOS pemakanan yang paling lumrah, paling biasa kita dengar, ‘kalau kau nak kurus tak leh makan benda goreng, tak leh makan santan, tak leh makan daging, ikan sebab semua tu ada lemak.” Ini adalah MITOS.

Sebenarnya kita mahu BUANG LEMAK, kita kena MAKAN LEMAK. Mudah sahaja konsepnya, cuma kena tahulah apakah LEMAK itu. Seronok bukan, kita mampu turunkan berat badan sambil makan bukan dalam keadaan berlapar, berlapar dan berlapar. Untuk info lanjut kena follow dan subscribe youtube Dr Norman.

Boleh lihat detail di video perkongsian beliau :

Sumber : Dr Norman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*