Dah ada papan tanda AMARAN tapi masih ramai yg degil

Masih ramai yg mandi manda di kawasan lubuk BELUKAR BUKIT, Kuala Berang, Terengganu… Dulu pun dah ada satu papan tanda amaran tp masih ramai yg mandi kat lubuk tersebut. Kini majlis dah letak papan tanda yg baru dan besar lagi dengan kata² yang agak seram pun tetap orang mandi manda juga.

Kami org kg sekitar pun tak berani nak mandi kawasan lubuk tu sbb kami dah tahu tentang lubuk tersebut. Kebanyakkan org yg mati lemas kat situ adalah org luar kawasan. Nak kata tak tahu, majlis dah letak besar papan tanda larangan.

Paling mengerikan lubuk belukar bukit ni pernah telan 5 beranak sekali gus. Dah ramai tragedi mati lemas yg lain. Rasanya kerajaan perlu buat sesuatu utk tutup kawasan tu demi mengelakkan tregedi mati lemas berulang lagi.

Kredit; Radzhiah sulaiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*