[Video] Bah di K. Terengganu; kediaman UAI turut dinaiki air…

Hujan lebat sangat dari petang tadi sampai sekarang 9malam tadi). Banyak rumah dinaiki air. Saya bersama rakan-rakan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah meninjau di beberapa kawasan seperti Kondo Cerong Binjai, Kuala Ibai, Kg. Nibong dan Kg. Kubang Ikan. Kawasan-kawasan lain juga telah diambil maklum oleh pihak kami. Malah, kereta-kereta di jalan raya juga ada yang terkandas.

Dan di antara mangs4 banjir ni ialah pendakwah tersohor negara, Ustaz Azhar Idrus. YB Batu Burok,  Muhammad Khalil Abdul Hadi, sudah berada di lapangan sejak malam tadi untuk menyantuni mangs4 berpesan kepada mereka yg terlibat banjir agar segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara jika diarahkan oleh pihak berkuasa.

Yb Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa bertanya … “air naik semalam, ustaz sempat angkat tak barang-barang?” Ustaz Azhar jawab, “Ana selamatkan kitab-kitab je. Sebab hok tu paling berharga”
Allahurabbi.. Akhlak seorang ulama’ terhadap ilmu. Mari bersama kita doakan semoga Allah s.w.t. meredakan hujan dan air dapat surut dengan segera. InsyaAllah..

Kredit; Muhammad Khalil Abdul Hadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*