Tahniah abam trafik PDRM; berpeluh tolak kereta rosak…

Hilang segala penat lelah terima ucapan penghargaan saudara Eddy…

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Eddy Azuan di atas ucapan penghargaan yang dititipkan buat anggota dari Jabatan S1asatan dan Penguatkuasaan Trafik, P0lis Diraja Malaysia kerana telah membantu beliau mengalihkan kenderaan yang mengalami kerosakan.

Tidak pernah minta dipuji, namun saat dihargai hilang segala penat lelah kami. Biar basah bermandi peluh demi menjaga keselamatan saudara dan pengguna jalan raya yang lain.

Eddy Azuan wrote…

TERIMA KASIH PDRM!!
“Nak minta jasabaik pembaca semua doakan Anggota Trafik Ini Dimurahkan Rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka🥰🥰🥰🥰”

Pagi tadi tetiba kereta BREAKDOWN.. OVERHEAT.. m4ti tengah jalan… Selang beberapa minit saya dibantu 2 anggota trafik.. kenderaan perlu dialihkan ke lokasi lebih sesuai utk kelancaran trafik dan keselamatan…

“En., encik masuk kedalam kawal stereng.. kami tolakkan…”
Sy cuba offer kata “sy tolak la tuan, tuan pegang stereng, sebab mmg berat nak tolak..”
Katanya, takpe, en pegang duk dalam…

Memang berat.. siap ada kebetulan lalu 2 anggota dari radio car turun sama bantu.. sebab ada bahagian nak tolak tu menaik bukit… SAYA LIHAT BASAH UNIFORM MEREKA DENGAN PELUH..

Saya hanya sempat hargai dgn ucapan Terima kasih sahaja tadi… ada rezeki teringin juga nak balas budi baik mereka… Oleh itu, “Nak minta jasabaik pembaca semua doakan Anggota Trafik Ini Dimurahkan Rezeki dan Dipermudahkan segala urusan mereka🥰🥰🥰🥰” Amin Amin Amin..
Terima kasih FRONTLINERS!

Kredit; Eddy Azuan via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*