Kesian, TER0K Ustazah kena KEC4M bila wartawan SPIN isu selipar Neelofa

Bonda Nor

Bangun pagi ni, terkejut bila baca komen-komen sahabat tentang status saya berkenaan status saya cuba membetulkan salah faham netizen yang mengecam Ustazah Asma Harun berkaitan isu selipar Fipper. Ramai yang menghentam wartawan pula. Subhanallah. Maafkan saya, rasanya saya perlu beri penjelasan berkaitan perkara ini agar tulisan saya itu tidak menjadi fitnah pula pada wartawan yang hadir.

1. Apa yang saya tulis di status semalam semuanya benar. Sebagai saksi yang berada di bilik ustazah ketika itu, memang itulah yang berlaku. Itulah respons Ustazah Asma terhadap soalan wartawan. Ustazah sebut kebimbangannya jika jawapannya kena spin dengan wartawan. Ustazah bahkan ingatkan agar jangan timbulkan isu-isu kontroversi supaya masyarakat tidak masuk ke Ramadan dalam keadaan bermusuh dan saling benc1 membenc1.

2. Namun apa yang ditulis di akbar oleh WARTAWAN YANG HADIR itu juga benar. Walaupun mereka yang mendesak ustazah memberi pendapat tentang isu ini, tapi mereka tidak spin jawapan ustazah. Cuma saya boleh nampak apa yang menyebabkan tulisan mereka mengundang kecaman netizen terhadap ustazah, bahkan kena spin pula oleh wartawan portal lain ialah tajuknya.

Tajuk yang MELAWAN ARUS memang mudah mencetuskan kontroversi dan salah faham walaupun intipatinya baik-baik saja. Itu yang saya sebutkan dalam status saya malam tadi. Kita sudah boleh menjangka respons netizen pastinya akan menghentam Ustazah Asma apabila tajuk itu yang digunakan.

Bukan setakat netizen, bahkan tajuk itu jugalah yang jadi highlight pada wartawan portal media maya (bukan wartawan yang hadir semalam) untuk bikin isu lebih panas dan merekalah yang spin kenyataan ustazah tersebut hingga berlakunya banyak salah faham.
Subhanallah!

Tajuk kontroversi memang pilihan menjadi pilihan wartawan atau editor demi menarik perhatian pembaca tapi inilah antara natijah yang bakal berlaku. Salah sangka, kec4man, m4ki h4mun. Kena faham, masyarakat kita ramai yang mudah judge tanpa tahu keseluruhan cerita. Baca tajuk saja pun mereka dah terus melatah!

Saya sendiri pun dah biasa kena kec4m hanya kerana tajuk yang wartawan pilih untuk highlight stori.
Padahal seluruh cerita penuh teladan, tapi sebab tajuk negatif atau melawan arus yang digunakan, maka terpaksalah saya menadah maki hamun, lahanat, tak guna, bodoh yang ditaburkan.

Ya, saya faham, ini harga yang perlu dibayar oleh mana-mana penulis, penceramah dan influencer. Namun, kita boleh usaha untuk kurangkan risikonya. Apatah lagi jika ia melibatkan para asatizah yang kita hormati.

Maka, saya mohon mana-mana wartawan, editor dan para penulis berhati-hati dalam memilih perkataan. Jangan provok masyarakat dengan tajuk-tajuk yang boleh menimbulkan salah faham dan k0ntroversi.

Fikirkan risikonya. Kita sebagai penulis tidak mahu menjadi bara fitnah yang menarik murka Allah.
Kita tidak mahu bentuk masyarakat yang saling bergaduh dan bermusuh. Kita mahu hidup tenang dan kita juga mahu rezeki halal yang diberkati Allah. Maka berhati-hatilah. Awasi isu yang menjadi konten penulisan kita. Dan lebih penting lagi, awasi tajuknya kerana itulah persepsi pertama pembaca!

Buat sahabat-sahabat yang saya kasihi, kita tutup sajalah isu selipar ini. Tak perlu dibesar-besarkan lagi apa-apa isu yang tidak memberi manfaat seperti ini. Hari ini dan esok, ya ada 2 hari saja lagi Ramadan akan tiba. Fokus pada persiapan kita untuk meraikan segala tawaran yang Allah telah sediakan. Andai ini Ramadan terakhir kita, mudah-mudahan kita dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk memperjuangkan syurga kita.

Seperti mana pesanan Ustazah Asma’ di dalam program pelancaran Semarak Ramadan @ Anjung Bonda Nor dan pelancaran 12 buku-buku terbaharu Bonda Nor Resources kelmarin, “Kita ni banyak dosa. Bulan Ramadan ni Allah nak bagi pengampunan sebanyak-banyaknya. Nak bagi clear semua dosa. Rugi kalau tak rebut peluang ini!”

Insya-Allah kita usahakan yang terbaik! Jaga fokus kita. Lapangkan dada kerana Ramadan hampir tiba!
Ramadan Kareem! Ahlan wasahlan

Kredit; Bonda Nor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*