JHEIK kenal pasti 71 port geng plastik hitam yg dijangka kembali di bulan Ramadan di Kedah

penangkini.com

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ‘p0nteng puasa’ pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan melakukan penguatkuasaan bagi mengambil t1ndakan ke atas individu dan peniaga yang terlibat.

“Kebiasaannya, orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini adalah orang yang sama setiap tahun dan mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa).

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan tidak berpuasa dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata pemantauan turut dibuat ke atas premis makanan milik orang bukan Islam kerana ada peniaga Islam yang dikesan meletakkan makanan dan minuman untuk dijual kepada mereka yang tidak berpuasa di situ bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

Najmi berkata bagi peniaga makanan yang beroperasi pada waktu tidak munasabah sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

“Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa adalah bermula 3 atau 4 petang dan kalau ada kedai yang menjual nasi campur pukul 10 pagi, itu memang tidak logik sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjud1an dan berharap masyarakat dapat menyalurkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan perkara berkenaan agar t1ndakan sewajarnya dapat diambil.

Sementara itu di IPOH, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesan sekurang-kurangnya tiga lokasi utama “geng plastik hitam” di bandar raya ini yang bakal digunakan sesetengah pihak untuk mem0nteng puasa sewaktu bulan Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini .

Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan penglibatan 100 orang penguat kuasa untuk menyerbu lokasi berkenaan sekali gus menahan sesetengah pihak yang mem0nteng puasa dengan pelbagai alasan yang diberikan.

“Kadang-kadang individu geng plastik hitam ini akan memberi alasan kononnya membeli makanan untuk orang lain, keuzuran atau menjaga mak yang s4kit (sebelum cur1-cur1 makan).

Kebiasaannya, kita akan menasihatkan mereka terlebih dahulu kerana alasan yang paling popular digunakan ialah lapar dan ket4gih rokok. Namun demikian, tindakan yang lebih tegas akan diambil sekiranya mereka ditahan kerana p0nteng puasa,” katanya selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 100 murid dari keluarga B40 dalam satu program hari ini.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dit4han dan dikenakan dend4 RM1,000 atau enam bulan penj4ra atau kedua-duanya jika didapati bersalah makan dan minum di khalayak ramai sepanjang Ramadan nanti.

Kredit; penangkini.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*