Masya Allah, kisah JEN4ZAH berzikir utk muhasabah bersama…

Mr Wan Cai Official

Saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah dilalui oleh rakan sukarelawan sewaktu menghantar jen4zah. Disebalik kisah yang dikongsikan ini pasti akan ada segelintir pihak yang mengatakan ianya sengaja direka… Kononnya untuk menaikkan nama UKVJ atau “Strategy Marketing”.. Ini tanggapan sesetengah pihak yang tidak percaya terhadap Kebesaran Yang Maha Esa..

Saya tidak perlu mereka satu cerita menarik sebagai modal untuk dikenali.. Atau menulis kisah tipu semata mata hendakkan perhatian dari pembaca.. Saya punya satu pendirian.. Dan pendirian saya itu masih kekal sehingga kini..

Saya mahu UKVJ dikenali disebabkan perkhidmatan pengurusan jen4zah yang ditawarkan.. Bukan kerana perkara lain.. Memang pencetus UKVJ datangnya dari saya.. Tetapi tanpa sokongan rakan rakan yang lain.. Tanpa peng0rbanan dari semua rakan rakan.. Sudah tentu UKVJ tidak akan dikenali seperti yang anda lihat pada hari ini..

Oleh itu siapa Mr Wan Cai Official itu tidak penting.. Kewujudan UKVJ dengan bermatlamat.. Pertama kerana mahu memudahkan urusan terakhir jen4zah.. Kedua kerana Allah Taala.. Bagi saya dunia fardhu kifayah bukan platform untuk mengejar “Glamour”..

Jika saya mahu dikenali… Rasanya bukan bidang pengurusan jen4zah yang akan saya pilih.. Tetapi bidang lain.. Contohnya masuk pertandingan raja lawak😂 Ok jom ikuti kisah tentang tajuk penulisan saya di atas.. Pengalaman yang dilalui oleh rakan sukarelawan itu berlaku sewaktu dalam perjalanan menghantar jen4zah..

Lokasi penghantaran yang dituju ketika itu adalah ke Tanjung Karang.. Jen4zah berzikir menyebut Kalimah LAAILAHAILLALLAH! Kejadian berlaku jam menujukkan pukul 08.35 malam.. Bermaksud selepas waktu isyak..

Rakan sukarelawan yang sedang memandu.. Rakan yang duduk dikerusi bahagian kepala jen4zah..
Dan rakan yang duduk belakang sekali dibahagian kaki jen4zah turut sama terdengar.. Bunyi suara itu boleh didengari dengan agak jelas walaupun sayup sayup..

Selepas diamati suara zikir tersebut datangnya dari dalam ker4nda!

Rakan sukarelawan yang mendengar hanya mendiamkan diri.. Suara berzikir sayup sayup itu berterusan sepanjang jalan.. Berhenti sebentar kemudian bunyi yang ada kembali kedengaran.. Dan bunyi itu hanya berhenti setelah van yang membawa jen4zah tiba disebuah masjid.. Setibanya di masjid rakan sukarelawan terus menurunkan jen4zah dan meletakkan didalam ruang masjid..

Tugasan pada malam itu berakhir kerana pengurusan seterusnya diambil alih oleh pihak masjid.. Dalam perjalanan pulang barulah seorang dari rakan yang ada di dalam van membuka cerita.. Rupa rupanya 2 orang lagi rakan sukarelawan turut terdengar..

Cumanya mereka tidak mahu bertanya sesama sendiri tentang bunyi suara tersebut.. Pada mulanya masing masing menyangka hanya mereka seorang sahaja terdengar.. Sebab itu masing masing hanya berdiam.. Jika anda ingin tahu.. Kisah tentang jenazah yang berzikir ini sebenarnya telah saya tulis setelah jen4zah selesai dihantar ke masjid pada malam itu..

Tetapi diakhir penulisan secara tiba tiba handphone saya term4ti dengan sendiri.. Tidak sempat saya nak tekan butang share.. Alahai.. S4kit betul hati masa tu😁 Part last tup tup handphone jem😭
Bila on semula paham paham sudah la.. Habis hilang apa yang sudah dikarang..

So kisah tentang jen4zah itu tidak saya kongsikan pada malam tersebut.. Terhenti begitu sahaja..
Rupanya baru saya tahu.. Ada kisah lebih menarik yang sedang berlaku pada jen4zah tersebut..
Seperti belum diizinkan untuk saya berkongsi kisah tentang arw4h pada malam itu..

Jen4zah berzikir dalam perkongsian saya ini adalah seorang lelaki bujang berusia 39 tahun.. Arw4h men1nggal dunia selepas 3 hari dimasukkan ke Hospital Klang kerana strok dan tekanan d4rah tinggi..
Pada mulanya arw4h hanya mengalami masalah tekanan dar4h tinggi..

Tetapi tidak lama kemudian arw4h diser4ng strok dan mengakibatkan lumpuh di bahagian sebelah badan.. Sejak lumpuh arw4h hanya mampu terbaring dan dijaga oleh adik beradiknya.. Dikatakan arw4h adalah tulang belakang didalam keluarganya..

Arw4h yang menyara ibu dan 8 orang adik beradiknya ketika masih sihat.. Anak kedua dari 9 orang adik beradik itu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kem4tian bapanya 16 tahun yang lalu.. Arw4h berkerja sebagai petani dan membuat kerja kerja kampung demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya..

Jelas arw4h adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.. Ibu dan adik beradiknya ditatang bagai minyak yang penuh.. Saya yakin arw4h juga k0rbankan masa remajanya demi untuk menyara keluarga..

Apalagi yang arw4h lakukan semasa hidup tidak kami ketahui.. Tetapi dari pengakhiran yang terlihat pastinya banyak perkara kebaikan yang telah dilakukan ketika hidupnya.. Allah temukan kami dengan arw4h untuk di uruskan jasadnya..

Jasadnya telah kami mandi dan kafankan sebaik yang mungkin.. Kemudian sewaktu perjalanan terakhirnya.. Allah tunjukkan pula Kebesaran-NYA kepada kami.. Masya Allah.. Betapa hebatnya Allah Yang Satu.. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah” Share jika posting ini bermanfat!

Kredit; Mr Wan Cai Official

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*