Wanita MER4TAP pemergian ayah, ‘claim’ PDRM larang rentas negeri utk bawa ayah ke hospital

Ustaz Idris Ahmad – Kalau benar seperti yg dilaporkan AMAT menduk4citakan. Harap pihak PDRM s1asat siapa yang terlibat. Jangan perbuatan seperti ini tenggelam habis apa yang kerajaan beri kepada rakyat sewaktu C0vid.

Bukankah kes seperti ini sudah ada pertimbangan. Soal perasaan dan kemanusiaan perlu diambil kira. Saya telah panjangkan berita ini kpd pihak yang berwajib utk siasat. Jgn kerana setitik nila susu sebelanga rosak.

Baca posting penuh daripada Aida Najwa…

Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya. Abah yang s4kit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah. Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya.

Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.
Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas.

Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’ Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok p0lis, p0lis tanya ‘Cik nak pergi mana?’

Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk p0lis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital.

Aku mengharapkan p0lis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup m4ti Abah. Ok lepas tu p0lis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then p0lis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah m4ti?’

Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecem4san. Pastu soalan pun nak tanya dengan b1adab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai p0lis. Kang apa apa, susah. Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecem4san jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.

Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, p0lis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.

Ok pastu p0lis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’. P0lis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje p0lis ni.

Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan.

P0lis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah s4kit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.

P0lis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’. Aku rasa sedih giler. Plus hampa dengan layanan p0lis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. P0lis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sed1h sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.

Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia…

Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka s4kit pun tak boleh. Dah men1nggal baru dapat jumpa. Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.

Memang aku tahu jodoh aj4l semua Allah dah tentukan. Cuma aku sed1h sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.

Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.

Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga. 

Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah. Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah. Nasir bin Nordin, 28-06-1969
28-04-2021.

Kredit; Aida Najwa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*