Saya jaga mak mlm tadi, sampai mak ‘tidur’ baru saya tidur.. Kesiannya anak ni, dia tak tahu maknya dh pergi buat selamanya…

SPJM

“Petang semalam (15 Julai 2021), setelah 5 jentera SPJM dengan kekuatan 15 orang skuad bergerak ke lokasi hospital masing-masing untuk menguruskan jena.zah C0vid19, saya menerima panggilan dari seorang wanita muda untuk bantuan menguruskan jena.zah ibunya yang men1nggal dunia di rumah.

Aruah men1nggal dunia di PPR Kota Damansara awal pagi semalam kerana penya.kit kenser hati di usia 42 tahun. Dia mempunyai 7 orang anak bersama bekas suaminya sebelum ini. Hanya 3 orang anak saja yang tinggal bersamanya yang berusia 20, 16 dan 8 tahun sementara yang lain tinggal bersama bekas suaminya di Klang. Keadaan rumah mereka agak dhaif dan serba kekurangan.


“Malam tadi saya yang jaga Mak. Saya jaga Mak sampai Mak tidur.” Anak kecil berusia 8 tahun ini petah berkata-kata menceritakan kejadian malam tadi. “Kakak kat mana waktu tu?” Tanya saya pada anak perempuan aruah berusia 16 tahun.

“Saya tidur lepas tu saya dengar suara Mak jerit sebab sakit jam 3 pagi, saya tengok adik dah jaga Mak kat bilik Mak, jadi saya tidur semula.” Jawab si Kakak. “Mak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah da.rah lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur.” Sambung anak bongsu aruah lagi.

Allahuakbar. Anak sekecil itu memang tidak mengerti apa-apa. Dia tidak tahu langsung yang ‘tidur’ ibunya itu adalah tidur yang selamanya. Ketika dia bercerita dalam esak tangisnya, mengalir juga air mata ini. Saya peluk anak itu. Cuba menenangkannya dan memahami betapa beratnya ujian yang sedang dilalui saat itu…

Je.nazah dimandi dan dikafankan di dalam rumahnya. Saya dimaklumkan kawasan perumahan mereka mempunyai banyak kes positif C0vid-19. Disebabkan itu jiran-jiran yang lain tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan diri mereka. Mujur ada 2 orang jiran rumah aruah yang berdekatan yang sudi membantu menguruskan jena.zah.

Jiran aruah sangat baik. Mereka antara yang sering membantu menghulurkan bantuan keperluan asas buat aruah dan anak-anaknya. Setelah skuad muslimah kami selesai menyempurnakan jasad aruah, kami memberikan peluang untuk anak-anak aruah menatap wajah ibunya dan menciumnya untuk kali terakhir.

Anak yang paling kecil itu menangisi pemergian ibunya. Dia peluk ibunya. Sedang di tangannya masih ada mainan kecil mungkin sekadar untuk tenteramkan diri sendiri. Saya pegang bahunya tenangkan dirinya. Kemudian kami mendirikan solat je.nazah di situ sebelum dibawa ke tanah perkub0ran.

Bekas suami aruah juga turut bersama membantu dari awal hingga akhir. “Ustaz, saya tak mampu nak bayar kos semua ni. Saya baru kem4tian 2 ahli keluarga yang lain sebab c0vid. Sekarang simpanan saya dah habis.” Keluh bekas suami aruah yang jelas terpapar wajah kerisauannya tentang bayaran kos pengurusan je.nazah bekas isterinya itu.

“Abang tak perlu risau. Kami faham situasi abang. Semua kos pengurusan jena.zah ini termasuk kos tanah kub0r saya akan selesaikan.” Pujuk saya untuk menenangkan hatinya yang tampak sangat gelisah ketika itu. Men4ngis dia. Nak dipeluk saya tapi segera dia ingat keadaan sekarang membatasi pergerakan sosial.

Alhamdulillah, jena.zah selamat disemadikan di Tanah Perkub0ran Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 5:30 petang. Terima kasih kepada En. Fendy dan petugas tanah perkub0ran yang membantu memudahkan urusan pengebumian arwuah.

Semoga roh Almarhumah Roziah binti Abd Malek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA
*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)
CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186.

Kredit; SPJM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*