Seorang lagi anak Melayu mencipta nama di bumi U.K…

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Seorang lagi anak muda Malaysia mencipta sejarah. Saya baru sahaja berkomunikasi dengan seorang bekas pelajar MRSM yang telah melakar kejayaan cemerlang dalam pengajiannya di UK baru-baru ini.
Beliau bernama Muhammad Kamil Mohd Fauzi dan berumur 23 tahun.

Anak kelahiran negeri Kedah ini merupakan pelajar cemerlang SPM MRSM Kepala Batas, 11A.
Beliau juga telah berjaya menghafaz 30 al Quran ketika berumur 16 tahun. Muhamad Kamil baru sahaja dianugerahkan 1st class honours – MEng Electrical Engineering daripada University of Southampton minggu lalu.

Aktivis mahasiswa ini bercita-cita untuk mengepalai Institut Penyelidik (R & D) bermula di YTM dan ingin menjadi seorang tokoh pembangunan masyarakat. Semoga Kamil berjaya dalam mengejar cita-citanya, dan MRSM akan terus melahirkan lebih ramai pewaris kepimpinan masyarakat dan negara di masa depan.

Saya masih berpegang kepada motto MRSM ketika belajar di Kuantan pada 1979-83 iaitu..
‘Dipimpin Untuk Memimpin’.

Kredit; Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*