Anak Muda ini sangat HEBAT, bukan shj seorang Engineer First Class tapi juga Huffaz

Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Tahniah kepada pelajar tajaan Yayasan TM, Muhamad Asyraf Danial Bin Saharuddin daripada University of Southampton atas kejayaan beliau memperoleh First Class Honours ketika menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik baru-baru ini.

Beliau juga aktif dalam bersukan dan telah mewakili Malaysian Students Association (MSA) di beberapa kejohanan bola sepak di Manchester dan Nottingham serta merupakan pemain boleh sepak bagi kelab di universiti (Monte FC).

Selain sukan, beliau turut berjaya membina “Contactless Mask Fitting System” menggunakan kepakaran beliau dalam bidang komputer bagi membantu para barisan hadapan dalam menentukan pelitup muka yang bersesuai mengikut saiz dan bentuk muka seseorang.

Asyraf juga berjaya menamatkan 30 Juz hafazan Al-Quran dan menamatkan program Syahadah 5 Juz.
Kami di Yayasan TM amat berbangga dengan kejayaan pelajar tajaan kami dan berharap lebih ramai pelajar tajaan yang lain dapat mencapai kejayaan di masa akan datang.

Kredit; Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*