Maryam, 11 tahun, ciptaannya menang anugerah pertandingan inovasi antarabangasa

Subhanallah. Alhamdulillah. Teruja dan bangga mendapat khabar kejayaan anak cilik Maryam Muzamir, 11 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau telah berjaya mencipta makanan haiwan yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut yang tercetus daripada terlalu banyak bahan buangan kulit atau cengkerang makanan laut dari restoran. Beliau memberikan nama hasil inovasi sebagai Yam 2.0.
Oleh kerana ciptaan ini, beliau telah menerima 3 anugerah dari International Invention Innovation Competition di Kanada baru-baru ini. Kejayaan penghasilan tersebut menunjukkan betapa hebatnya generasi muda kita. Inilah butiran permata yang perlu dijaga dan dipelihara kerana merekalah yang akan mengganti tempat kita nanti.
Kejayaan ini sememangnya memberi gambaran bahawa corak didikan yang baik dan perhatian yang penuh dari ibu bapa mampu membentuk dan mematangkan corak pemikiran mereka. Selain itu, keberhasilan guru dalam mendidik juga mampu melonjakkan anak muda ke peringkat global.
Sememangnya, ibu bapa dan guru-guru sangat memainkan peranan penting dalam membina institusi keluarga dan masyarakat. Kejayaan Maryam Muzamir mendapat perhatian rancangan bualbicara lewat malam The Late Late Show with James Corden
Sumber; Idris Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*