Lars Vilk, kartunis Sweden yg menghina Nabi pd 2007 maut dlm kemalangan jalanraya

Pelukis kartun Sweden yang menghina Rasulullah s.a.w., Lars Vilk, dilaporkan maut di dalam kemalangan jalanraya apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak. Turut terkorban ialah 2 orang pengawal keselamatannya.

Beliau yang dikecam hebat seluruh dunia Islam pada tahun 2007 apabila melakar kepala Nabi Muhammad s.a.w pada badan seekor anjing telah diberi perlindungan oleh pihak berkuasa Sweden sejak kontroversi itu tercetus.

Biarpun beliau dilaporkan terselamat daripada cubaan bunuh dan mendapat perlindungan daripada pihak polis namun, tiada siapa yang dapat menyekat malaikat maut daripada menyentap nyawanya, ketentuan Allah sejak azali lagi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*