Kita tak boleh kawal tangan2 pemerintah dan penguatkuasa, mungkin benak mungkin rasuah.

Salak Tinggi, Sepang.
5-7km dari kLIA
10-15km dari Putrajaya.

Kita tak boleh kawal tangan2 pemerintah dan penguatkuasa. Mungkin benak mungkin rasuah.
Tapi kita boleh kawal kuasa membeli kita. Project2 perumahan baru kat kawasan2 10-20kaki atas aras laut hatta bawah dari aras laut pun ada. Kita hidup dia zaman T-Rex berkuasa. buas, lapar, tamak haloba.

Project2 tahi terus ada sbb pembeli tak “educate” diri sendiri. Tak tgk dari aspek teknikal dan geografi. Asal cantik bagi cashback, diskaun terus kerumun macam langau hurung tahi. Kenapa majority kawasan perumahan yang banjir kawasan orang melayu? Kenapa pemaju dan pemerintah buat sambil lewa?

Kenapa orang melayu majoriti bila terima malapetaka dorg cakap musibah Allah bagi sebagai penghapus dosa. Walhal diri tu tak berilmu dan taknak cari ilmu, taknak buat report yang sepatutnya, taknak bersatu. Bila malapetaka salahkan Tuhan.

Tips pilih rumah paling mudah nak faham;
1) Jangan beli rumah tepi sungai air teh tarik.
2) Jangan beli rumah yang lagi rendah dari aras Main road. Walaupun rumah tu kurang dari 100 meter je dari Main Road (Risiko banjir kilat)

3) Jangan beli rumah dikawasan rendah dan yang lagi rendah dari aras laut. (Risiko Banjir Lumpur)
4) Elakkan beli rumah dari bekas lombong atau tanah gambut. (Risiko Crack).
5) Jangan beli rumah selagi kau tak faham kawasan tu

6) Sebaiknya beli rumah di tanah bukit. Walaupon makbapak kau akan cakap “apsal kau beli rumah tepi hutan atas bukit angin kuat terebang bumbung”
7) tambah sendiri.
😎 tak setuju pergi lantak kau sana.

Tengok geografi sekitar dulu baru teknikal. Nilai estetika, connectivity cuma put in consideration je, titik akhir lama2 orang akan cari yang selamat dari bencana alam. Beli rumah jangan percaya 100% cakap ejen rumah. They all well trained in sales and marketing. Dorg akan petik 1001 alasan kenapa kau harus beli walaupun Dorg tak mahir pon dengan kawasan tu.

They all just doing their job, so you must do your job as well (be smart).
Semoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir.

Kredit penulisan; Mohd Tashriq Syarafuddin Musawi
Kredit Gambar: Sepang Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*