Inilah Wira-Wira Kebanggaan Negara

Kisah seorang pakcik berusia 74 tahun, menunggang motor bersendirian dari Grik ke Selangor. Kisah seorang abang membawa bot di atas bumbung Viva dengan hanya berbekalkan duit RM50 sahaja. Kisah seorang dari Linggi yang rumahnya baru saja terbakar tetapi tetap turun untuk membantu.

Kisah seorang peniaga bundle yang agihkan semua baju bundle yang dia punya hinggakan duit minyak nak balik pun tidak ada. Kisah seorang remaja Islam yang sanggup menggunakan sampannya untuk menyelamatkan anjing-anjing daripada kelemasan.

Kisah seorang remaja India yang datang dengan lori di tengah malam sambil menjerit, “Ada sesiapa yang ingin tinggalkan tempat ini? Kami boleh bantu anda keluar” Kisah sekumpulan nelayan membawa bot menuju Batu Tiga.

Kisah tentang masjid-masjid mula membuka pintu kepada Muslim dan Non Muslim. Kisah seorang brother yang menawarkan khidmat lori 10 tan untuk keluarkan mangsa banjir. Kisah highway PLUS yang penuh dengan kereta persendirian membawa bot.

Kisah sepasang pengantin di Klang memberikan jamuan mereka kepada mangsa banjir. Kisah mengenai seorang insan seni negara yang tetap tersenyum walaupun rumahnya hilang dalam lumpur…
Allah…

Inilah Malaysia. Mungkin kami agak keras di mata orang. Mungkin bahasa kami agak kasar. Mungkin kami dilihat suka bergaduh. Tapi jauh di sudut hati kami, kami masih mempunyai hati dan perasaan.
Kami sanggup turun untuk beri bantuan kepada saudara kami yang dilanda musibah.

Moga Allah rahmati rakyat di bumi bertuah ini.
Stay strong Malaysian.

Kredit Penulis Asal; Yuhanis Azam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*